Tips berniaga di facebook

Kakchik dan suami mulanya memang berniaga secara offline. Itu pun perantaraannya tetaplah sesuatu yang online iaitu facebook. Yelah, sape takde facebook di zaman ni memang ketinggalan sikitlah kan. Paling-paling kalau tak update facebook pun, tulah tempat kita nak usha-usha dan stalk fb orang..kan..kan..ha, tengok tu..angguk-angguk betullah tu.

Kakchik mula tu segan-segan nak post kat facebook personal, so kakchik blast je kat group-group. Bagus jugak tau menjual kat group, sebab bila ade pembeli berminat nak carik, diorang boleh search je bantal hotel atau bantal hotel DAG kat group tu, nanti naiklah iklan kita. Ataupun insyaAllah ade je yang rajin scrol iklan-iklan lama dalam group. 

Dah lama sebulan dua berniaga tu, dah tak rasa malu dah nak post kat facebook personal. Nape dah tak malu? Sebab bila survey-survey customer yang whatapps nak beli bantal, 80% dari iklan di facebook. Ha, seriuslah!

Berdasarkan pengalaman sendiri, jom kakchik kongsi sikit tips berniaga di facebook :

  1.  Untuk berniaga kat facebook, perlu belajar sikit teknik nak photoshoot produk. Kalau tak mampu nak gi kelas-kelas berbayar, belajar sendiri pun boleh. Almaklum handphone kota sekarang ni canggih-canggih.. Kalau tak canggih, jangan sedih. Gunalah apa jua keadaan di sekeliling kita untuk jadikan gambar produk kita menarik.Biar terjegil mata orang nak membeli. 
  2.  Rajin-rajinkan diri untuk download app yang berkaitan dengan gambar macam image editing, poster maker, font dan seumpamanya. Mula dulu handphone kakchik memory kecik je, so kakchik download yang basic-basic jela. Tak kisah, asalkan kita pandai guna apps yang ada. Buatlah poster yang lengkap dengan gambar bantal dan harga, senang nak beriklan.
  3. Facebook personal tu jangan asyik iklan bantal je 7 hari seminggu. Hah, nanti mulalah cakap kawan-kawan tak support. Slow-slow je. Ada hari post pasal cerita anak-anak, selit post bantal, pastu selitlah resepi ke, gambar makan ape ke.. biar mesra gitu.. 
  4. Create facebook page untuk bantal semata. Ha, kat page ni betul-betul hardselling. Kat page, orang tak boleh nak cakap semak dengan iklan bantal tanpa henti sebab memang kita khas untuk jual bantal.
  5. Post jugak iklan kat group. Kalau malas nak create sendiri, carik peluang untuk komen pada post seller seller lain yang sudi bekerjasama dgn kita as seller jugak. Post macamana tu? post yang berbunyi camni : ::::Yuhu!!!!kakros jual jeruk berlado..kome jual apo? meh komen sikit kot orang nak beli.. ::::..ha , gitulah contohnya.. So, boleh jugak komen kat iklan-iklan macam ni.
  6. Tak semestinya menghadap facebook 24 jam. Iklan pada masa-masa yang sesuai je. Contohnya awal pagi, pukul 10 time orang minum, time lunch waktu orang baring-baring sambil scrol facebook, dan malam sekali. Lebih dari cukup dah tu. Kakchik pun taklah sampai macam tu, bila jadik mak tarzan ni, ade hari-hari tertentu tak sempat pun jenguk facebook. 
  7. Setiap iklan tu jangan  lupa letak link hp kita..orang sekarang malas nak save nombor dalam hanphone. so, kita letak je link whatsapp tu..tekan terus sampai.
  8. Jangan lupa post setiap gambar Yang berlainan jugak macam COD ke, balut bantal ke, pickup bantal kat semenyih ke..ape2 je yang sesuai..ni printing untuk membina trust.😍



Okay, rasanya tu dulu kot tips  kakchik hari ni untuk yang nak berniaga di facebook. Kalau korang bukan berniaga bantal, boleh jugak guna tips ni cuma tukarlah ikut kesesuaian. Tak perlu 24 jam dok jenguk facebook je. Doa, doa, doa agar ada hati yang terbuka untuk beli produk kita.

Korang berminat nak jual bantal macam kakchik?
meh nak cerita sikit


Shazila Johari : Premium Reseller DAG : Mama anak 4

Post a Comment

0 Comments